Sabtu, 3 Julai 2010

sejuk

Sejuk,
ialah berhenti detak jantung,
ialah terkaku gerak badan,
ialah kelu batang lidah.

Sejuk,
dalamnya ada gusar,
dalamnya ada resah,
dalamnya ada buntu,

Sejuk,
namun terkadang ialah kebahagiaan yang memercik,
senyap tapi membara.

Sejuk,
yang abadi hanyalah bercerai dunia dan segala isinya.

Jumaat, 2 Julai 2010

tempat asing pun berubah

Semalam,
saya tidak pernah datang ke sini;

Tapi, hari ini,
tika saya sampai dan melihat,
rupanya tempat asing pun berubah.

- CFSIIUM, Nilai, Negeri Sembilan. 2 Julai 2010. 12.22 pagi.

Khamis, 1 Julai 2010

cinta datang

Cinta datang,
dalam sepi,
dia bertandang,
dalam hati.

Aku mendongak ke langit,
Allah, inikah ujian yang perit?

malam terakhir

Malam terakhir yang resah,
ada sejuta rasa payah,
esok akan aku berangkat,
dengan penuh syahdu dan kelat.

Rabu, 24 Mac 2010

ALLAH menegurku

Dari jauh
selepas dosa itu
cuba aku berlari
namun tetap jatuh
kerna itu yang telah DIA tulis

Sedang aku gembira
dan alpa
rupanya
DIA Maha Mengingati
dan aku terjerit namaNYA
yang Mulia
"Ya ALLAH..."

ALLAH menegurku
tadi pagi
sesudah kutinggalkan zikir SubuhNYA

Lantas aku tersedar
kerna itu yang telah DIA tulis…
 
neraka_1280x800