Angan dan impian ialah masa muda
apakala kehilangannya
teruslah kita kosong menuju mati.
Titik.
Angan dan impian ialah masa muda
apakala kehilangannya
teruslah kita kosong menuju mati.
Titik.
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Subuh Yang Terakhir, Rabbani.
Dalam menapak pasrah
dan jiwa yang memunah
saat nerakanya ialah lelah
dan menggapai dalam musibah
maka bicara akhirnya, cuma Allah, Allah, Allah.
Hilang harapan pada makhluk
kerna hamba itu sifatnya sungguh tertakluk.
Subuh yang terakhir
tangan dicium dan dahi dikucup
ampunan dipinta mesra pengakhirannya.
Langit malam dinihari
kelam menusuk dalam hati
lantas air mata penghabisan
tenang meninggalkan sekujur badan.
Ya Allah, bawaku terbang, tinggalkan segala keperitan yang memamah setiap urat nadi, dengan rahmat teragungMu.
Semua yang terindah, yang pernah hadir dan memahat kenangan, semoga Allah mengangkatmu, dan memberimu barakah agar hidupmu ialah jalan lurus menuju Jannah.
Di sana kita berjumpa, dalam kasih sayang Allah, yang tiada taranya.
Allah, bawalah daku terbang.
Amin.
Terjumpa dalam suatu tulisan lama dahulu, tanpa nama, disiarkan untuk tatapan semua, semoga baik-baik sahaja.
Sejuk,
ialah berhenti detak jantung,
ialah terkaku gerak badan,
ialah kelu batang lidah.
Sejuk,
dalamnya ada gusar,
dalamnya ada resah,
dalamnya ada buntu,
Sejuk,
namun terkadang ialah kebahagiaan yang memercik,
senyap tapi membara.
Sejuk,
yang abadi hanyalah bercerai dunia dan segala isinya.
Semalam,
saya tidak pernah datang ke sini;
Tapi, hari ini,
tika saya sampai dan melihat,
rupanya tempat asing pun berubah.
- CFSIIUM, Nilai, Negeri Sembilan. 2 Julai 2010. 12.22 pagi.